Logo Linkar52 oleh PKNS
EN | BM
Daftar Minat Galeri
Linkar52 ilustrasi grafik bandar Shah Alam

Linkar52 oleh PKNS — Pembangunan Berorientasikan Transit di Seksyen 14, Shah Alam

Di Seksyen 14, Shah Alam, Segalanya Terhubung untuk Gaya Hidup Moden

Linkar52 — kediaman TOD di Seksyen 14, Shah Alam Linkar52 — kediaman TOD di Seksyen 14, Shah Alam (mobile)
Linkar52 Shah Alam — Pembangunan Berorientasikan Transit Linkar52 Shah Alam — Pembangunan Berorientasikan Transit (mobile)
*Gambar untuk tujuan ilustrasi sahaja.

HANYA 50m
DARI STESEN LRT DATO MENTERI, SHAH ALAM

Selamat datang ke Linkar52, sebuah kediaman dengan ketersambungan terus ke stesen LRT dan lebuhraya utama. Tiada kesesakan, tiada masa terbuang – hanya detik berharga yang dikembalikan.

Linkar52 — pemandangan pembangunan
*Gambar untuk tujuan ilustrasi sahaja.

Dekat Dengan Rangkaian BersepaduAkses LRT3 ke Lembah Klang

Hanya 50m dari
Stesen LRT Dato' Menteri

Linkar52 — 50m dari Stesen LRT Dato Menteri, Shah Alam Linkar52 — 50m dari Stesen LRT Dato Menteri, Shah Alam

Sebuah pembangunan berorientasikan transit (TOD), kediaman anda hanya 50 meter dari stesen LRT Dato' Menteri.

Bayangkan kebebasan untuk ke seluruh Lembah Klang tanpa perlu memandu.

Menjimatkan masa dan tenaga anda.

Alami ketersambungan bandar yang lancar menerusi Laluan Ringan Transit 3 (LRT3) yang kini beroperasi, hanya di Linkar52, Seksyen 14, Shah Alam.

*Gambar untuk tujuan ilustrasi sahaja.

Dekat Dengan Destinasi PilihanLebuh Raya Persekutuan, NKVE, ELITE dan LKSA

Hanya 100m dari Lebuhraya Persekutuan

Linkar52 — 100m dari Lebuhraya Persekutuan dengan akses NKVE, ELITE dan LKSA Linkar52 — 100m dari Lebuhraya Persekutuan dengan akses NKVE, ELITE dan LKSA
*Gambar untuk tujuan ilustrasi sahaja.

Perjalanan harian lebih lancar dan pantas dengan akses terus ke Lebuhraya Persekutuan hanya 100 meter dari kediaman anda. Destinasi lain juga lebih dekat dengan rangkaian lebuh raya utama seperti NKVE, ELITE dan LKSA untuk memudahkan urusan harian anda.

Dekat Dengan Kedamaian & Rekaan EksklusifKediaman Berkepadatan Rendah, Privasi dan Keselamatan

Rekaan plot lantai eksklusif untuk lebih privasi, ketenangan dan kenyamanan

Rekaan kepadatan rendah Linkar52 untuk privasi eksklusif Rekaan kepadatan rendah Linkar52 untuk privasi eksklusif

Alami perbezaan di Linkar52, sebuah kediaman berkepadatan rendah dengan hanya 615 unit untuk ketenangan anda. Rekaan lantainya memastikan pintu masuk setiap unit tidak menghadap jiran dan kediaman anda mempunyai pemandangan tanpa halangan.

Rekaan koridor eksklusif Linkar52

Dengan hanya beberapa unit bagi setiap koridor dan kawalan keselamatan 24 jam, anda akan menikmati kualiti hidup yang lebih eksklusif dan selamat.

Pemandangan unit kediaman Linkar52
*Gambar untuk tujuan ilustrasi sahaja.
*Gambar untuk tujuan ilustrasi sahaja.
Ilustrasi privasi rekaan pintu masuk Linkar52

Pintu Masuk Tidak Menghadap Jiran

Pintu masuk kediaman yang tidak menghadap jiran secara terus memberikan ketenangan serta ruang peribadi yang lebih terjamin.

Koridor separa peribadi Linkar52

Koridor Separa Peribadi

Setiap aras direka dengan koridor-koridor pendek yang dikongsi oleh hanya beberapa buah rumah. Susun atur yang istimewa ini mewujudkan suasana seakan separa peribadi.

Pemandangan 360 darjah dari unit Linkar52

Pemandangan Indah dari Setiap Arah

Setiap unit di Linkar52 menawarkan pemandangan tersendiri tanpa halangan. Reka bentuk 360 darjah ini memaksimumkan cahaya semula jadi, serta memberi kebebasan untuk memilih pemandangan yang paling menenangkan.

Kehidupan tenang di Linkar52

Dinding Kongsi Yang Minimum

Rasai kelainan hidup di kediaman tinggi dengan lebih privasi. Rekaan yang meminimumkan perkongsian dinding antara unit mencipta suasana yang lebih senyap dan ruang peribadi yang lebih eksklusif.

Ruang landskap terbuka Linkar52

Reka Bentuk Berkepadatan Rendah

Reka bentuk berkepadatan rendah memastikan persekitaran lebih tenang. Rasa lapang ini dipertingkatkan lagi dengan reka bentuk pasif yang menggalakkan aliran udara semula jadi, mewujudkan suasana yang sihat dan menyegarkan.

Dekat Dengan Keseimbangan HidupKolam Infiniti, Lazy River dan Landskap Hijau

Fasiliti riadah, ruang kerja dan kemudahan harian di satu lokasi

Hab komersial Linkar52 dengan kedai dan restoran berdekatan Hab komersial Linkar52 dengan kedai dan restoran berdekatan
*Gambar untuk tujuan ilustrasi sahaja.

Gabungkan semua aspek kehidupan moden di satu lokasi dan nikmati keseimbangan hidup yang diidamkan.

Terokai kemudahan harian di hab komersial aras bawah, atau manjakan diri di fasiliti gaya resort yang eksklusif seperti kolam infiniti dan ‘lazy river’.

Nikmati akses bebas ke kawasan hijau seluas 0.87 ekar; sebuah ruang landskap terbuka yang direka untuk ketenangan anda sekeluarga.

Kawasan permainan kanak-kanak di Linkar52
*Gambar untuk tujuan ilustrasi sahaja.
Gelanggang sukan di Linkar52
*Gambar untuk tujuan ilustrasi sahaja.
Ruang kerja bersama di Linkar52
*Gambar untuk tujuan ilustrasi sahaja.

Bagi anda yang bekerja dari rumah, alami kebebasan untuk menyelesaikan urusan anda dari mana-mana kemudahan yang tersedia termasuk ruang kerja bersama, sambil kekal selesa dan produktif.

Dekat Dengan Segala Kemudahan HarianAneka Walk, Kompleks PKNS dan Pusat Shah Alam

Berdekatan hab komersial yang lengkap

Hab komersial Linkar52 dengan kedai dan restoran berdekatan Hab komersial Linkar52 dengan kedai dan restoran berdekatan
*Gambar untuk tujuan ilustrasi sahaja.

Rasai keseronokan gaya hidup moden di pusat bandar Shah Alam. Semuanya tersedia untuk anda. Kehidupan anda kini lebih dekat dengan kemeriahan, kemudahan dan keseronokan.

Hab komersial dan gaya hidup di Linkar52

Di Nadi Kehidupan,
Segalanya Lebih DekatSeksyen 14, CBD Shah Alam

50 m
ke Stesen LRT Dato' Menteri
5.4 km
ke Hospital Terdekat
100 m
ke Lebuhraya Persekutuan
14.7 km
ke Lapangan Terbang Subang
450 m
ke Taman Tasik Shah Alam
30.2 km
ke KLCC
46.5 km
ke KLIA

Terletak di Seksyen 14, pusat pentadbiran dan nadi komersial Shah Alam yang matang dan terhubung, kediaman anda berada di tengah-tengah segala-galanya.

Peta lokasi Linkar52 di Seksyen 14 Shah Alam
*Gambar untuk tujuan ilustrasi sahaja.

Keriangan & Ketenangan,
Lebih Dekat Dari JangkaanGaya Hidup Resort

Nikmati keseronokan bagaikan bercuti di resort. Sama ada anda mahu lakukan aktiviti aktif atau pun bersantai, setiap hari anda boleh mencipta memori berharga tanpa perlu meninggalkan kediaman.

Kemudahan gaya resort Linkar52 — kolam infiniti dan ruang rekreasi Kemudahan gaya resort Linkar52 — kolam infiniti dan ruang rekreasi (paparan mudah alih)
*Gambar untuk tujuan ilustrasi sahaja.

Alami Pengalaman 360° Linkar52

Jelajahi lokasi strategik, pelan induk, kemudahan dan gaya hidup bandar yang terhubung di Linkar52 melalui pengalaman lawatan maya yang interaktif.

Mulakan Lawatan Maya

Ruang Yang Mendekatkan KetenanganJenis Unit dan Pelan Lantai

Unit A1

Unit A1
*Gambar untuk tujuan ilustrasi sahaja.

Unit A2

Unit A2

Unit B1

Unit B1

Unit B2

Unit B2

Unit B2A

Unit B2A

Unit C1

Unit C1

Unit C2

Unit C2

Unit D1

Unit D1

Unit D2

Unit D2

Unit D3

Unit D3

Unit E

Unit E

Mulakan hidup baharu anda di sini. Ruang ini bagaikan kanvas moden dan minimalis untuk gaya hidup praktikal generasi muda. Ianya direka dengan bijak untuk mereka yang menyukai susun atur terbuka, dan mereka yang mementingkan ruang tamu yang luas. Sesuai juga untuk sewaan jangka pendek dan berpotensi sebagai pelaburan masa hadapan.

Cari ketenangan dalam reka bentuk yang praktikal serta santai. Kediaman ini menawarkan sebuah santuari minimalis, di mana kedudukan dapurnya yang lebih tersusun dan jauh dari ruang tidur memberikan keselesaan tambahan. Setiap sudut direka untuk melengkapkan ruang peribadi anda dengan fleksibiliti untuk diubah menjadi penginapan jangka pendek dan pelaburan pada masa hadapan.

Alami keselesaan dalam gaya yang ringkas. Direka untuk kehidupan bujang, di mana ruang peribadi dan ketenangan menjadi keutamaan. Di sinilah tempat anda untuk berehat dan menjadi diri sendiri.

Wujudkan suasana yang sentiasa rapi dan tenang dengan rekaan yang terbuka. Setiap sudut direka untuk gaya hidup teratur, membebaskan minda anda daripada kesibukan harian.

Serlahkan kreativiti anda dalam ruang elegan lagi fleksibel. Studio praktikal ini adalah kanvas anda untuk mencipta kehidupan ideal, mudah disesuaikan untuk kerja, santai dan apa saja yang anda mahukan.

Cipta detik-detik bermakna dalam kediaman dengan citarasa kemas. Sesuai untuk pasangan bahagia, unit ini menyediakan ruang yang sempurna untuk memulakan perjalanan hidup bersama dan boleh dijuga diubah menjadi penginapan jangka pendek.

Hayati kehidupan yang harmoni di kediaman yang direka untuk privasi maksimum. Unit ini memberikan pemisahan bilik dengan zon-zon berbeza. Dapur dan ruang tamu utamanya direka untuk menjadi ruang berasingan dan tersendiri, manakala bilik tidur kedua boleh dijadikan ruang peribadi atau pejabat di rumah. Dilengkapi juga dengan bilik air ‘ensuite’ untuk keselesaan peribadi, serta ruang dan ketenangan.

Berikan yang terbaik buat yang tersayang dengan ruang yang lengkap ini. Ia menyediakan keselesaan untuk setiap ahli keluarga, dengan tambahan ruang yang fleksibel yang boleh diubah suai menjadi dapur basah, bilik dobi atau stor simpanan. Ianya kediaman yang memenuhi semua keperluan anda.

Lihat si kecil membesar dalam ruang luas, di lokasi yang terbaik. Unit ini direka sempurna buat keluarga kecil, dengan ruang belajar fleksibel yang boleh diubah menjadi bilik bayi, bilik bermain, bilik tetamu, mahupun sudut kerja untuk setiap peringkat kehidupan keluarga anda. Saksikan si kecil membesar di tempat yang terbaik untuknya.

Nikmati keselesaan dan kemudahan sepenuhnya dalam rekaan ruang yang luas ini. Ia memberikan anda kebebasan untuk mencipta pelbagai suasana, sama ada untuk bekerja, berehat atau meraikan kehidupan.

Nikmati privasi seakan unit separa peribadi. Unit sudut yang premium ini direka untuk keluarga yang mementingkan ciri-ciri eksklusif, dengan ruang yang mencukupi untuk setiap ahli keluarga. Susun aturnya mengurangkan kongsian dinding supaya anda dan keluarga boleh mengecapi ketenangan yang sebelumnya sukar untuk dimiliki.

Lawatan Maya Lawatan Maya Lawatan Maya Lawatan Maya Lawatan Maya Lawatan Maya Lawatan Maya
Unit A1 Map Unit A2 Map Unit B1 Map Unit B2 Map Unit B2A Map Unit C1 Map Unit C2 Map Unit D1 Map Unit D2 Map Unit D3 Map Unit E Map

450 kps Keluasan Binaan

1 Bilik Tidur

1 Bilik Air

1 Unit Parkir


450 kps Keluasan Binaan

1 Bilik Tidur

1 Bilik Air

1 Unit Parkir


550 kps Keluasan Binaan

1 Bilik Tidur

1 Bilik Air

1 Unit Parkir


550 kps Keluasan Binaan

1 Bilik Tidur

1 Bilik Air

1 Unit Parkir


550 kps Keluasan Binaan

1 Bilik Tidur

1 Bilik Air

1 Unit Parkir


690 kps Keluasan Binaan

2 Bilik Tidur

2 Bilik Air

1 Unit Parkir


690 kps Keluasan Binaan

2 Bilik Tidur

2 Bilik Air

1 Unit Parkir


780 kps Keluasan Binaan

2 + 1 Bilik Tidur

2 Bilik Air

1 Unit Parkir


780 kps Keluasan Binaan

2 + 1 Bilik Tidur

2 Bilik Air

1 Unit Parkir


780 kps Keluasan Binaan

2 + 1 Bilik Tidur

2 Bilik Air

1 Unit Parkir

E EM

850 kps Keluasan Binaan

3 Bilik Tidur

2 Bilik Air

2 Unit Parkir

Unit A1 Map Unit A2 Map Unit B1 Map Unit B2 Map Unit B2A Map Unit C1 Map Unit C2 Map Unit D1 Map Unit D2 Map Unit D3 Map Unit E Map
Leret untuk menonton video

Perkembangan
Terkini

Ikuti Perkembangan Terkini Linkar52

Invest In Your Dream

Majlis

1 Nov 2026

Hari yang penuh keseronokan dengan bengkel gaya hidup serta sesi lawatan ke unit pameran

Your Modern Abode

Bicara Hartanah IHerng

23 Nov 2025

Alami pembangunan gaya hidup berorientasikan transit terkini di Shah Alam!

POV Linkar52

27 Feb 2026

Tuntut semula waktu pagi anda. Tuntut semula waktu petang anda. Luangkan lebih banyak masa untuk perkara yang lebih bermakna.

Raya bersama Linkar52

Majlis Sambutan Perayaan

1 Nov 2026

Satu sambutan perayaan yang meriah, dipenuhi dengan budaya, aneka cita rasa, serta detik-detik bermakna bersama insan-insan tersayang!

PKNS Linkar52 : Anugerah & Pengiktirafan

Linkar52 adalah sebuah lagi projek berkualiti dari Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

PKNS mempunyai legasi yang dibina atas kepercayaan pada kecemerlangan yang diiktiraf pelbagai pihak. Ini dibuktikan melalui anugerah dan penghargaan yang telah diterima PKNS.

Anugerah PKNS — Best Designed Development Malaysia 2025
Anugerah PKNS — People's Choice Award 2025
Pengiktirafan anugerah kecemerlangan PKNS

BEST DESIGNED
DEVELOPMENT
(MALAYSIA)

2025

Galeria SA Sentral
by PERBADANAN
KEMAJUAN NEGERI
SELANGOR (PKNS)

PEOPLE'S CHOICE
AWARD

2025

PERBADANAN KEMAJUAN
NEGERI SELANGOR (PKNS)

BEST TRANSIT-ORIENTED DEVELOPMENT (TOD)

2025

Linkar52
by PERBADANAN KEMAJUAN
NEGERI SELANGOR (PKNS)

BEST SALES
GALLERY DESIGN

2025

Galeria SA Sentral
by PERBADANAN KEMAJUAN
NEGERI SELANGOR (PKNS)

LOW CARBON
CHAMPION

2025

PERBADANAN KEMAJUAN
NEGERI SELANGOR (PKNS)

SUSTAINABLE DESIGN
CHAMPION

2025

PERBADANAN KEMAJUAN
NEGERI SELANGOR (PKNS)

*Gambar untuk tujuan ilustrasi sahaja.
SA Sentral — pembangunan bersepadu oleh PKNS di Shah Alam
*Gambar untuk tujuan ilustrasi sahaja.
Tandatangan PKNS

Linkar52 oleh PKNS: Pembangunan Kediaman Pertama di SA Sentral

Linkar52 merupakan pembangunan kediaman pertama di SA Sentral — mencetuskan cara hidup bandar yang lebih mudah, moden dan terhubung. Melalui SA Sentral, PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor) bertekad meningkatkan ketersambungan, mengurangkan kesesakan dan mewujudkan kehidupan yang lebih seimbang untuk semua.

Visinya adalah untuk membentuk sebuah bandar yang terhubung, menginspirasikan dan penuh kerancakan komuniti.

Sebagai projek perintis di SA Sentral, Linkar52 menandakan era baharu bagi PKNS — era inovasi, kemajuan dan pembangunan kediaman berkualiti yang lestari serta memberi nilai jangka panjang.

Logo SA Sentral by PKNS
Hantar WhatsApp